Tuesday, March 2, 2010

SEPETANG BERSAMA KAK CAH

     KEHADIRAN YANG DINANTI-NANTIKAN
Kak Aisyah n family sememangnya tetamu CHEDOQ yang dinanti-nantikan. Kehadiran Kak Cah, En. Aris n Amir akan menceriakan suasana Chedoq. Berjoging sepanjang pantai Chedoq, Bersantai di kerusi buatan Bos Chedoq sendiri dan paling best masa makan. Semua hidangan atas meja kelihatan sedap bila menjamu selera bersama Kak Cah sekeluarga. Keakraban silaturrahim ini memang tak ternilai harganya. Seperti bernilainya udara yang dihirup setiap hari dari alam yang hijau ini
Petang itu, melihat en. Aris terlena di bawah pohon mengkuang menjadikan hati sangat tersentuh...tersedar akan pemberian Tuhan dengan kesejahteraan  dan keindahan  alam ini begitu bernilai dari harta benda dan wang ringgit. Inilah yang kita kongsi bersama. Tidak termampu rasanya hendak membalas budi baik mereka kerana menganugerahkan kebahagiaan daripada sillaturrahim dua keluarga ini. Rasa Bahagia tidak ada pengukur atau bandingan material. Suasana inilah yang dapat dikongsi bersama jika itu dapat membahagiakan kalian.

Terima Kasih Untuk Segala-galanya. Kak Aisyah n Keluarga Memang BEST!!!

1 comment:

Amirah Razali said...

Chedoq beach resort is the place to be! The food was awesome. we re looking forward to come again!