KEHADIRAN YANG DINANTI-NANTIKAN
Petang itu, melihat en. Aris terlena di bawah pohon mengkuang menjadikan hati sangat tersentuh...tersedar akan pemberian Tuhan dengan kesejahteraan dan keindahan alam ini begitu bernilai dari harta benda dan wang ringgit. Inilah yang kita kongsi bersama. Tidak termampu rasanya hendak membalas budi baik mereka kerana menganugerahkan kebahagiaan daripada sillaturrahim dua keluarga ini. Rasa Bahagia tidak ada pengukur atau bandingan material. Suasana inilah yang dapat dikongsi bersama jika itu dapat membahagiakan kalian.